Rombak agar lebih kompetitif

Tite dijangka mengekalkan khidmat Neymar pada aksi menentang Colombia.
Tite dijangka mengekalkan khidmat Neymar pada aksi menentang Colombia.
A
A
A

PENGENDALI Brazil, Tite melakukan rombakan terhadap skuad Samba menjelang aksi menentang Colombia pada saingan Kumpulan B Copa America di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro pada Khamis.

Menurut Tite, skuad penyandang juara kendaliannya itu telah mempamerkan prestasi membanggakan dalam dua perlawanan terawal apabila menjaringkan tujuh gol dan tiada bolos.

“Kami akan mengekalkan momentum yang sama untuk perlawanan ketiga ini, namun saya akan melakukan rombakan bagi memastikan skuad ini lebih kompetitif.

“Beberapa pemain akan direhatkan pada aksi menentang Colombia untuk memberi peluang pemain lain, namun taktikal skuad Samba tetap sama iaitu mentaliti kemenangan.

“Rekod pertemuan lalu Brazil dan Colombia kebiasaannya seimbang, namun ingin saya tegaskan ia merupakan perlawanan berintensiti tinggi tambahan pula dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, lawan ternyata memberikan tekanan kepada pemain Brazil,” kata Tite.

Brazil kini mendahului kumpulan dengan mengumpul enam mata selepas mengharungi dua perlawanan merupakan pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan kali ini.

Ketika ditanya mengenai peningkatan skuad Samba sepanjang lima tahun ini, Tite berkata, beliau belum bersedia menjelaskan perkara tersebut buat masa ini.

“Setakat ini saya masih belum mahu merumuskan pencapaian skuad ini, saya hanya akan melakukan penilaian kebiasaannya selepas berakhirnya sesuatu pertandingan.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini tumpuan akan diberikan sepenuhnya untuk mengharungi saingan Copa America, sebelum kembali bersaing pada kempen Piala Dunia,” katanya.