Republik Czech mahu lebih menyengat

Sterling (kiri) diasak pertahanan Republik Czech, Vladimir Coufal semasa aksi di Stadium Wembley, London. FOTO: AFP
Sterling (kiri) diasak pertahanan Republik Czech, Vladimir Coufal semasa aksi di Stadium Wembley, London. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Republik Czech, Jaroslav Silhavy mahu jentera serangan skuad kendaliannya itu lebih menyengat pada pusingan 16 terbaik Euro 2020.

Menurut Silhavy, jentera serangan skuad The Locomotive itu perlu juga perlu lebih tajam di depan pintu gol lawan bagi menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

“Kita beraksi baik berdepan England hari ini. Tetapi, dari segi penyudah, memang agak mengecewakan kerana tidak ada gol yang berjaya dihasilkan.

“Memang agak mengecewakan kerana di sebalik aksi cemerlang pasukan tetapi pemain dilihat gagal menjaringkan gol.

“Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memperbaiki segala kelemahan pada jentera serangan pasukan dalam usaha menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Pada aksi berkenaan, Republik Czech tewas 0-1 menerusi jaringan penyerang England, Raheem Sterling pada minit ke-12 yang sekali gus mengesahkan skuad The Three Lions itu selaku juara Kumpulan D pada edisi kali ini.

Tambah Silhavy, selain jentera serangan pasukan, pihaknya juga mahu meningkatkan kemahiran mengawal bola dalam kalangan pemain.

Katanya, peningkatan kemahiran kawalan bola juga bakal menyaksikan Republik Czech memiliki jentera serangan yang lebih mantap pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Pada perlawanan dengan England, kita ada peluang yang baik, tapi peluang itu gagal disempurnakan kerana kegagalan mengawal bola dengan baik terutamanya ketika berada dalam kawasan petak penalti lawan.

“Oleh itu, kita perlu meningkatkan keupayaan mengawal bola, terutamanya ketika berada dalam kawasan penalti pihak lawan,” katanya.