KPJ lantik Ali Hamsa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

Ali Hamsa
Ali Hamsa
A
A
A

KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd telah melantik bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Penyedia penjagaan kesihatan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Ali, 66, kini merupakan Pengerusi dan Editor Bebas Bukan Eksekutif Kulim (Malaysia) Bhd serta Pengarah Eksekutif di G Capital Bhd.

Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, syarikat pengeluar jubin YB Ventures Bhd.

Pada 22 April 2009, Ali dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 mulai 24 Jun 2012 hingga 28 Ogos 2018. - Bernama

Artikel Berkaitan: