IKEA lancar botol air Cristiano Ronaldo

Botol air yang dinamakan sempena nama Ronaldo.
Botol air yang dinamakan sempena nama Ronaldo.
A
A
A

PERUNCIT produk perabot dan rumah Sweden, IKEA menarik perhatian peminat bola sepak apabila menamakan botol ari kaca keluaran terbaharu mereka sempena nama penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sebelum ini mengenepikan dua botol Coca-Cola di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary sebagai tanda tidak menyokong air berkarbonat dan memaklumkan kepada peminat untuk minum air kosong.

Tindakan Ronaldo itu menarik perhatian ramai pihak sehingga menjadi berita sensasi memandangkan Coca-Cola merupakan penaja kepada kejohanan tersebut.

ikea_cristiano
ikea_cristiano

Harga saham Coca-Cola juga jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen) pada ketika itu.

IKEA telah memanfaatkan insiden tersebut dengan mengeluarkan botol air kaca berjenama Cristiano dengan berkongsi produk terbaharu itu melalui laman sosial media mereka.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada botol tersebut ada dijual di Malaysia ataupun tidak.

Artikel Berkaitan: