X

Kindly register in order to view this article
!

RM2.89 bilion lindungi alam sekitar

Mohd Uzir Mahidin
A
A

PUTRAJAYA - Pemain industri di Malaysia membelanjakan sebanyak RM2.89 bilion bagi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019 iaitu 7.0 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang dibelanjakan pada 2018, menurut Laporan Survei Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pengurusan pencemaran mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019 iaitu RM2,021.2 juta atau 70.1 peratus.

Menurutnya, ia diikuti pengurusan sisa dengan RM751.7 juta atau sebanyak 26.1 peratus serta penilaian dan caj alam sekitar sebanyak RM64.9 juta atau 2.3 peratus.

"Sektor pembuatan kekal mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2019 iaitu dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2,181.3 juta atau 75.6 peratus.

"Sektor perkhidmatan pula membelanjakan sebanyak RM413.8 juta atau 14.3 peratus dan pembinaan (RM161.2 juta) atau 5.6 peratus," katanya dalam kenyataan pada Rabu ketika mengulas mengenai laporan tersebut.

Pada peringkat negeri, Mohd Uzir berkata, Johor mencatatkan perbelanjaan perlindungan alam sekitar terbesar iaitu sebanyak RM678.5 juta, diikuti Selangor (RM543.5 juta) dan Kuala Lumpur (RM292.6 juta).

"Ketiga-tiga negeri berkenaan menyumbang sebanyak 52.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan," kata beliau. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!