Malaysia, Brunei tingkat kerjasama sokong industri seni, budaya

Nancy Shukri.
Nancy Shukri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia dan Brunei akan meningkatkan kerjasama untuk meneroka potensi kemajuan dalam industri pelancongan budaya bagi membantu serta memberi sokongan kepada penggiat dan pemain industri seni dan budaya kedua-dua negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan perincian mengenai kerjasama itu akan dibincangkan antara Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan secara ringkas ketika Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei itu membuat panggilan telefon kepada Nancy untuk mengucapkan takziah atas pemergian ibunya pada Khamis lepas.

Menurut MOTAC, Nancy memberikan contoh program Asia Traditional Orchestra (ATO) 2020 anjuran Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan MOTAC dengan kerjasama pihak Asia Cultural Center (ACC) Gwanju, Korea Selatan yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Korea Selatan.

Program menerusi platform digital itu diadakan bertujuan memperkukuhkan kerjasama berkaitan pertukaran budaya serta mengangkat seni persembahan tradisional ke peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan: