Gesa polis siasat ADUN swafoto tidak pakai pelitup muka

Khaidir hadir ke IPD Pekan pada Selasa bagi memberi keterangan mengenai hantarannya di Facebook yang memaparkan beberapa individu berswafoto tanpa memakai pelitup muka.
Khaidir hadir ke IPD Pekan pada Selasa bagi memberi keterangan mengenai hantarannya di Facebook yang memaparkan beberapa individu berswafoto tanpa memakai pelitup muka.
A
A
A

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad, 58, mengesahkan dirinya telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada Selasa.

Ia berikutan pendedahan mengenai hantaran beliau di Facebook mengenai gambar beberapa individu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) antaranya tidak memakai pelitup muka ketika swafoto di Tasik Chini pada 13 Jun lalu.

"Saya menerima panggilan pada Isnin lalu dan diminta datang ke IPD Pekan untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang penduduk Felda Chini 3 atas perkara sama pada Isnin selepas hampir seminggu tiada tindakan diambil oleh pihak polis terhadap individu-individu terbabit.

"Saya memaparkan isu berkenaan sebagai teladan kepada umum supaya tidak bertindak mencabar undang-undang berkaitan SOP dengan menunjukkan foto-foto perilaku tidak mematuhi SOP di media sosial yang menggambarkan kepada umum seolah-olah mereka kebal dan terkecuali daripada tindakan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, beliau berharap siasatan dibuat dengan adil dan tindakan dikenakan tanpa memilih bulu terhadap sesiapa sahaja yang tidak patuh SOP demi menjayakan usaha memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh Malaysia.

Hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Khaidir pada 14 Jun lalu memaparkan swafoto beberapa individu antaranya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Md Zain tanpa memakai pelitup muka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin mengesahkan satu laporan polis telah dilakukan oleh seorang penduduk Felda Chini 3 pada Isnin mengenai isu tersebut.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya telah memanggil beberapa pihak terlibat memberikan keterangan termasuk Khaidir.

Artikel Berkaitan: