Bookie bola sepak ditahan polis

Suspek ditahan ketika berada dalam kereta yang diletakkan di hadapan kolam pancing udang di daerah Baling, pada Selasa.
Suspek ditahan ketika berada dalam kereta yang diletakkan di hadapan kolam pancing udang di daerah Baling, pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian pertaruhan 'bookie' bola sepak selepas menyerbu sebuah kereta di hadapan kolam pancing udang di daerah Baling pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Baling dan Balai Polis Kupang kira-kira jam 3.45 petang berdasarkan risikan yang dilakukan melalui Op Soga VIII.

Katanya, hasil soal siasat suspek yang berusia 32 tahun itu mengaku menjalankan aktiviti perjudian pertaruhan Bola Sepak Euro 2020 itu sejak dua minggu lalu melalui sebuah laman sesawang.

"Suspek bekerja dengan seorang lagi lelaki tempatan dan mengambil keuntungan sebanyak 25 peratus daripada setiap pertaruhan yang dilakukan oleh pelanggan.

"Semua urusan pertaruhan dilakukan secara tunai atau perbankan atas talian," katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Rabu.

Wang tunai bernilai RM200 serta telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan membabitkan sebuah kereta di hadapan kolam pancing udang di daerah Baling. pada Selasa.
Wang tunai bernilai RM200 serta telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan membabitkan sebuah kereta di hadapan kolam pancing udang di daerah Baling. pada Selasa.

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah lampau didapati negatif dadah.

"Dalam serbuan terbabit polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Samsung Note 2 yang mengandungi laman sesawang sesawang https: ag.www.6888.com dan aplikasi WhatsApp berkaitan urusan jual beli pertaruhan judi bola Euro 2020 serta wang tunai bernilai RM200," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan dan suspek kini direman selama empat hari bermula Rabu.