Bakal guru nikmati elaun RM430 sebulan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan menerima bayaran elaun RM430 secara bulanan.

Insentif ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang turut menyuntik RM500 pada kadar maksimum untuk tujuan belanja tambang pergi balik sekali setahun seperti sebelum ini.

"Pelajar-pelajar IPG yang mengikuti PISMP akan menikmati Elaun Sara Hidup sebanyak RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar RM500 untuk sekali setahun.

"Elaun sedang dimasukkan ke dalam akaun semua pelajar dan kesemua pelajar akan menerima selewat-lewatnya sebelum akhir Februari 2019 ini," katanya dalam satu kenyataan.

KPM sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti dan berdaya saing.

Artikel Berkaitan: