X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut rempuh bas di bahu jalan

Keadaan kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan maut di Kampung Gong Balai, Merchang pada Rabu. - Foto ihsan IPD Marang
A
A

MARANG - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah bas yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 43 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di Kampung Gong Balai, Merchang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris berkata, ketika kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Wan Ishamnizam W [email protected] Jalil, 35, memandu kereta jenis Perodua Bezza dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa tiba-tiba terbabas ke sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu sebelum merempuh bahagian belakang sebuah bas yang diparkir di bahu jalan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun katanya, Unit Forensik HSNZ memaklumkan mangsa meninggal dunia pada jam 1.09 petang Rabu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!