MAIS bantu 253 keluarga terjejas di Hulu Langat, Klang

MAIS bersama RSAFM membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi penyerahan sumbangan itu. - Foto Ihsan Facebook MAIS
MAIS bersama RSAFM membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi penyerahan sumbangan itu. - Foto Ihsan Facebook MAIS
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil inisiatif bagi membantu 253 keluarga di sekitar Hulu Langat dan Klang yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

MAIS dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa memaklumkan, sumbangan berkenaan adalah peruntukan fidyah agensi itu berjumlah RM25,300.

Menurut kenyataan itu, penerima sumbangan adalah kakitangan sekolah, pekerja pembersihan, tukang kebun, pengawal keselamatan dan ahli kariah yang terkesan dengan pandemik ini.

"MAIS mengucapkan terima kasih kepada pembayar fidyah yang membuat bayaran bagi membolehkan kami menyalurkan sumbangan ini dengan kerjasama daripada Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM)," kata kenyataan itu.

Sumbangan diberikan kepada penerima terlibat meliputi barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi.

Agihan sumbangan itu turut melibatkan kerjasama RSAFM terdiri daripada masjid, Surau Sekolah Agama Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Pondom Moden.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menunaikan kewajipan bayaran fidyah boleh melayari laman sesawang di pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php untuk keterangan lanjut.

Artikel Berkaitan: