Tengku Mahkota Kelantan kurnia lima peti sejuk simpan vaksin

Tengku Azmi (kiri) mewakili Tengku Muhammad Fa-iz menyerahkan peti kepada Dr Zaini pada majlis penyerahan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada Rabu.
Tengku Azmi (kiri) mewakili Tengku Muhammad Fa-iz menyerahkan peti kepada Dr Zaini pada majlis penyerahan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mengurniakan lima buah peti sejuk bernilai RM84,000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi menyimpan bekalan vaksin Covid-19.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Tengku Datuk Azmi Tengku Jaafar berkata, peti yang dapat menyimpan bekalan vaksin dalam skala besar itu akan ditempatkan di lima buah klinik kesihatan iaitu Perol, Wakaf Bharu, Kuala Balah, Cherang Ruku dan Kuala Krai.

"Kemudahan itu mampu menampung sebanyak 5,850 dos Pfizer-BioNTech dan 8,000 dos Sinovac," katanya pada Majlis Penyerahan Peti di Istana Balai Besar di sini pada Rabu.

Turut hadir Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin.

Tengku Azmi berkata, Tengku Muhammad Fa-iz amat prihatin dan mengambil berat terhadap masalah penyimpanan stok bekalan vaksin Covid-19 untuk rakyat negeri itu.

Artikel Berkaitan: