Imbau kenangan 'Gooooooooool!' Maradona

IMBAS KEMBALI... Maradona meraikan jaringan gol kedua ketika menentang England di Mexico pada 1986, yang disifatkan antara gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia.
IMBAS KEMBALI... Maradona meraikan jaringan gol kedua ketika menentang England di Mexico pada 1986, yang disifatkan antara gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia.
A
A
A

HARI ini genap 35 tahun mendiang Diego Maradona mengajar England bagaimana bermain bola sepak di Piala Dunia 1986 Mexico, detik yang sentiasa berbekam di sanubari rakyat Argentina sebagai antara gol bersejarah dalam pertandingan itu.

Legenda Argentina itu tampil cemerlang apabila menjaringkan dua gol ketika membantu La Albiceleste mengalahkan England 2-1 di suku akhir, namun gol kedua kekal terus menjadi tumpuan dalam kalangan komuniti bola sepak sehingga ke hari ini.

Bagi mengimbau detik semula tersebut, komuniti bola sepak Argentina akan bergegas ke balkoni atau ke luar tingkap untuk berteriak "Gooooooooool!" tepat jam 16:09, ketika bola terkena jaringan di Stadium Aztec pada 22 Jun 1986.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Argentina menggalakkan rakyat negara tersebut untuk mengingati bekas pemain Newell's Old Boys, Sevilla, Napoli, Barcelona, Boca Juniors dan Argentinos Juniors berkenaan dengan melihat semula klip video jaringan pemain berjersi nombor 10.

“Aura gol itu luar biasa sehingga menjadikan seluruh Argentina menjadi berkecelaruan,"ujar muralis Buenos Aires, Leonardo Oliver.

Bagaimanapun untuk gol pertama Maradona iaitu empat minit (16.05) sebelum jaringan kedua pada perlawanan itu tiada momen meraikan.

Artikel Berkaitan: