Keberkesanan Ivermectin rawat Covid-19 masih dalam kajian

KKM memaklumkan belum ada bukti meyakinkan bahawa ubat Ivermectin boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19. - Foto Twitter KKM
KKM memaklumkan belum ada bukti meyakinkan bahawa ubat Ivermectin boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19. - Foto Twitter KKM
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan belum ada bukti meyakinkan bahawa ubat Ivermectin boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

KKM menerusi ciapan di Twitter berkata, produk Ivermectin yang tidak berdaftar dengan KKM telah dirampas dalam operasi antara 14 hingga 17 Jun di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Semua ubat Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia adalah untuk kegunaan haiwan.

“Belum ada bukti meyakinkan ubat ini untuk merawat pesakit Covid-19,” kata KKM dalam ciapan Twitter rasminya pada Rabu.

Pada 5 Jun, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19.

Mengulas lanjut, menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan ubat Ivermectin untuk ujian klinikal.

Jelasnya, dalam ujian berkenaan pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor dan penyelidik bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan.

“Semak pendaftaran produk, klik http://npra.gov.my atau 1-800-88-6722,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: