Tiga anggota polis direman bantu siasatan kes rasuah

Ketiga-tiga anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu dengan diiringi pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah reman.
Ketiga-tiga anggota polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu dengan diiringi pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah reman.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor ditahan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu bagi membantu siasatan dakwaan meminta rasuah berjumlah RM15,000 daripada seorang individu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dalam kenyataannya berkata, kesemua mereka dibawa ke mahkamah dengan diiringi pegawai SPRM pada jam 10.30 pagi untuk mendapatkan permohonan reman

Menurut kenyataan itu, perintah reman dikeluarkan selama lima hari bermula Rabu oleh Penolong Pendaftar, Mohammad Alif Abdul Aziz.

"Pegawai polis lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama dua lagi anggota polis lelaki berpangkat lans koperal masing-masing berusia 24 dan 30 tahun di Bandar Baharu antara jam 12.10 tengah malam hingga 2.30 pagi Rabu," kata kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, kesemua suspek didakwa meminta suapan sebanyak RM15,000 dan telah menerima RM2,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan melepaskan individu itu daripada kesalahan pemilikan dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: