X

Kindly register in order to view this article
!

4 warga Arab Saudi terlibat bunuh Khashoggi dilatih di AS

Jamal Khashoggi. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Empat warga Arab Saudi yang terlibat dalam pembunuhan seorang wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Istanbul, Turki telah menerima latihan separa tentera di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Times pada Selasa.

Khashoggi yang tinggal di AS dan juga seorang kolumnis akhbar Washington Post merupakan pengkritik kepimpinan Arab Saudi tetapi dibunuh pada 2 Oktober 2018 di sebuah konsulat negara beraja tersebut.

Beliau dibunuh oleh sebuah pasukan yang dibawa dari Arab Saudi.

Menurut akhbar berkenaan, empat anggota kumpulan berkenaan telah menerima latihan dari sebuah kumpulan keselamatan AS, Tier 1 Group.

Latihan itu telah mendapat kelulusan dari pentadbiran Presiden AS ke-44, Barack Obama pada tahun 2014.

Namun, latihan tersebut berterusan di bawah pengganti Obama iaitu Presiden AS ke-45, Donald Trump.

Dalam pada itu, Jabatan Negara AS ketika dihubungi AFP enggan memberikan komen berhubung maklumat tersebut.

Menurut satu laporan AS yang dikeluarkan pada Februari lalu, tujuh anggota elit negara beraja tersebut yang diberikan tugas mengawal Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman merupakan sebahagian daripada skuad pembunuh Khashoggi. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!