Covid-19: 5,244 kes positif, 83 kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu melaporkan 5,244 kes baharu positif Covid-19 dengan 83 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,001.

Menurut beliau, ia diikuti oleh Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245), Kedah (198), Melaka (180) dan Sabah (129).

"Kelantan pula merekodkan 81 kes, Labuan (77), Perak (75), Putrajaya (17) dan satu kes di Perlis.

"Jumlah kumulatif kes positif adalah 711,006," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Hisham berkata, sebanyak 62,027 kes aktif di seluruh negara dengan 875 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 445 pesakit pula memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes kematian terus meningkat kepada 4,637.

"Sebanyak 83 kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 77 rakyat tempatan dan enam warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Selangor merekodkan 35 kes, Kuala Lumpur (sembilan), Johor (lapan), Sabah (tujuh), Negeri Sembilan (tujuh), Sarawak (tiga), Labuan (tiga) dan Perak (dua). Kedah, Melaka dan Perlis pula masing-masing merekodkan satu kes kematian," katanya.

Menurut Noor Hisham, bilangan kes sembuh terus melebihi kes baharu iaitu 6,372 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 645,553 bersamaan dengan 90.8 peratus.

Tambahnya, terdapat 24 kluster baharu direkodkan dengan 15 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

"Lapan kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan serta kumpulan berisiko tinggi turut dilaporkan," katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan kluster adalah 2,690 dan 1,839 telah diisytiharkan tamat, manakala 851 kluster masih aktif serta merekodkan pertambahan kes.