Kerani rugi lebih RM700,000 ditipu pelaburan saham mata wang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang kerani kerugian sebanyak RM713,450 selepas terjerat dengan penipuan pelaburan saham mata wang melalui satu aplikasi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kerani pemasaran berusia 39 tahun di sebuah syarikat swasta itu mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang tersebut setelah diperkenalkan oleh kenalan lamanya.

"Mangsa memuat naik aplikasi berkenaan untuk pelaburan itu dan semua urusan adalah melalui aplikasi serta laman web tersebut dan mula membuat pelaburan dalam nilai USD sejak Januari tahun lalu serta mendapat keuntungan beberapa kali.

"Bagaimanapun, bermula April lepas, mangsa menyedari bahawa tiada sebarang keuntungan diperoleh dan membuat laporan polis pada Sabtu lalu kerana berasa diperdaya.

"Berdasarkan siasatan, dalam tempoh April hingga Jun, mangsa membuat 45 kali transaksi ke dalam 21 akaun individu dan satu akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan RM713,450," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata Aidi Sham, kes kerani wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: