Jangan kompromi isu kedatangan Rohingya

Halim semasa program Wacana Sinar edisi ke-267 bertajuk Rohingya: Antara Kemanusiaan dan Kedaulatan yang disiarkan secara maya di platform Sinar Harian.
Halim semasa program Wacana Sinar edisi ke-267 bertajuk Rohingya: Antara Kemanusiaan dan Kedaulatan yang disiarkan secara maya di platform Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak tidak seharusnya berlembut mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama terhadap kemasukan warga Rohingya yang semakin berleluasa di negara ini.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, Malaysia perlu tegas dan tidak boleh berkompromi bagi mempertahankan isu kedaulatan negara.

“Jangan terlalu berlembut dengan kemasukan mereka. Disebabkan kita terlalu bertolak ansur, kita akan ditolak beransur-ansur.

“Kita harus faham, negara kita mempunyai 32 juta rakyat. Dengan pandemik Covid-19 ni, kita dan rakyat semua terkesan. Jangan kita kompromi untuk terima orang Rohingya ini,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian semasa program Wacana Sinar edisi ke-267 bertajuk Rohingya: Antara Kemanusiaan dan Kedaulatan yang disiarkan secara maya di platform Sinar Harian.

Dari kiri, atas: Ismail sebagai moderator bersama Halim (atas, kanan), Dini Dalilah dan Mohd Safwan Ghazali (bawah, kanan) ketika program Wacana Sinar edisi ke-267 bertajuk Rohingya: Antara Kemanusiaan dan Kedaulatan yang disiarkan secara maya di platform Sinar Harian.

Turut menjadi panelis, Presiden Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT), Dini Dalilah Wan Nordin dan Pensyarah Ekonomi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Mohd Safwan Ghazali manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Halim mencadangkan agar semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu dalam membantu menyelesaikan masalah itu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, usaha untuk menghantar pulang warga Rohingya perlu dilakukan bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.

“Kerajaan diseru dan dimohon agar ambil perhatian betul-betul tangani isu ini. Tiada kompromi, ini soal keselamatan negara kita.

“Selain itu, saya harap kepada semua termasuk pemimpin politik, pemimpin masyarakat, NGO dan juga rakyat Malaysia jangan gadai maruah negara hanya kerana raih keuntungan.

“Integriti kita kena kuat. Jangan ada satu operasi terancang untuk bawa masuk mereka demi mengaut keuntungan diri sendiri,” ujarnya.