Lelaki maut kereta terbabas langgar papan tanda

Anggota bomba dari BBP Gebeng melakukan operasi menyelamat bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan pada awal pagi Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang
Anggota bomba dari BBP Gebeng melakukan operasi menyelamat bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan pada awal pagi Rabu. - Foto Ihsan JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan di Kilometer 201, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Datuk Rashid, di sini awal pagi Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.15 pagi itu, mangsa, Syed Firdhaus Syed Mohd Heffeni, 33, tercampak keluar dan tersepit di bawah kereta.

Mangsa yang berasal dari Masai, Johor cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Hyundai Atos dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.

Menurut beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas melanggar papan tanda.

"Mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: