Anugerah paling bernilai buat Bukayo Saka

Saka (kiri) berkata sesuatu kepada Southgage setelah tamat perlawanan. - Foto EPA
Saka (kiri) berkata sesuatu kepada Southgage setelah tamat perlawanan. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN muda England, Bukayo Saka menyifatkan pemilihannya untuk menerima anugerah selaku pemain bintang ketika berdepan Republik Czech pada aksi terakhir saingan peringkat Kumpulan D Euro 2020 pada awal pagi Rabu, sebagai anugerah yang paling bernilai.

Menurut pemain berusia 19 tahun itu, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan kerana tidak pernah diturunkan pada dua aksi permulaan iaitu ketika berdepan Croatia pada 13 Jun dan Scotland (19 Jun).

Justeru katanya, anugerah berkenaan pasti akan menjadi bekal semangat paling bernilai buatnya bagi meneruskan aksi cemerlang bagi membantu kejayaan skuad The Three Lions itu pada edisi Euro kali ini.

“Pengurus (Gareth Southgate), memberitahu saya untuk turun beraksi dengan menyerlahkan segala kebolehan yang saya miliki sebagaimana saya beraksi dengan kelab saya (Arsenal) sepanjang musim ini.

“Bagi saya, arahan itu adalah untuk beraksi dengan sebaik mungkin dengan menewaskan pemain lawan dan seterusnya membuka laluan bagi rakan-rakan sepasukan yang lain.

“Pada perlawanan dengan Republik Czech saya berjaya melakukannya dan kemudiannya dibantu dengan hantaran cantik daripada Grealish untuk Sterling (Raheem) menanduk masuk,” katanya.

Gol tunggal jaringan Raheem Sterling itu nyata cukup memadai untuk memastikan skuad The Three Lions itu muncul juara Kumpulan D dan mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Sementara itu Southgate menyifatkan Saka banyak memainkan peranan penting hingga berjaya menghidupkan semula perjuangan skuad The Three Lions itu dalam saingan Euro 2020.

Artikel Berkaitan:

Malah menurut Southgate, kehadiran Saka dalam kesebelasan utama pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D berdepan Republik Czech pada awal pagi Rabu ternyata memberikan impak tersendiri bagi membantu kejayaan skuad The Three Lions itu.

“Grealish diturunkan sebagai pemain gantian ketika berdepan Scotland, 19 Jun lalu manakala “Sebagai makluman, inilah kali petama Saka hanya dalam kesebelasan utama pasukan setelah tidak beraksi langsung dalam dua perlawanan awal berdepan Croatia pada 13 Jun dan Scotland (19 Jun), lalu.

“Bagaimanapun, Saka dan seorang lagi pemain, Jack Grealish dilihat telah memainkan peranan besar tertuamanya pada perlawanan berdepan Republik Czech dengan memastikan Sterling dapat menanduk masuk gol tunggal perlawanan yang sekali gus mengesahkan kemaraan England ke pusingan 16 pasukan terbaik pada Euro kali ini,” katanya.