Enam positif dadah ketika sambutan hari jadi

Antara peket yang dipercayai berisi dadah yang dirampas.
Antara peket yang dipercayai berisi dadah yang dirampas.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai tujuh individu termasuk seorang wanita dikompaun kerana menghadiri sambutan hari jadi di sebuah unit kondominium mewah di Seksyen 7 di sini pada Selasa.

Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 37 tahun ditahan dalam pemeriksaan kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis turut merampas lima peket plastik dipercayai syabu anggaran berat 4.42 gram, dan sepeket berisi tujuh biji pil yaba berat kasar 0.72 gram.

Katanya, kesemua mereka turut dikompaun kerana gagal mematuhi SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Penyakit Berjangkit [PPDPPB (LLDDKTJ)(No. 4) 2021.

"Kompaun dikenakan sebanyak RM4,000 seorang kerana menghadiri aktiviti dengan kehadiran yang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Lokasi serbuan dijalankan polis di sebuah unit Kondominium Mewah di Seksyen 7 di sini pada Selasa.
Lokasi serbuan dijalankan polis di sebuah unit Kondominium Mewah di Seksyen 7 di sini pada Selasa.

Beliau memberitahu, enam individu didapati positif dadah termasuk wanita yang menyertai kumpulan itu

"Semakan rekod mendapati lima suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 KPJ selama empat hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.