'Saya sedih... tolong jangan sebar video suami saya lagi'

Gambar kenangan arwah bersama keluarga.
Gambar kenangan arwah bersama keluarga.
A
A
A

SLIM RIVER - [DIKEMASKINI] Ahli keluarga pemandu lori tangki minyak diesel yang maut dalam kebakaran di Slim River, pagi tadi memohon semua pihak berhenti menyebarkan video kemalangan terbabit.

Isteri mangsa, Khatijah Abdul Karim, 36, berkata, dia sedih melihat suaminya terbaring dengan tubuh terbakar selepas menonton video berkenaan menerusi perkongsian dalam kumpulan WhatsApp sebaik sahaja dimaklumkan adiknya.

“Saya sempat melihat video itu...sedih tengok keadaannya ketika itu. Tolong jangan sebarkan video suami saya itu lagi. Tak sanggup saya dan ahli keluarga melihatnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Slim River, hari ini.

Mangsa, Mohamad Suhaimi Khamis, 38, meninggal dunia dalam kebakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara kira-kira jam 8.30 pagi itu.

Nahas terbabit turut melibatkan dua lori treler membawa muatan besi dipandu Kamarul Azwar Abu Bakar, 34 dan Mohamad Jurid Bakar, 45, dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, Khatijah yang hamil tujuh bulan tiba di Rumah Mayat Hospital Slim River untuk membuat pengecaman kira-kira jam 3 petang bersama tiga anaknya iaitu pasangan kembar Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun dan Nor Afiqah, 8.

Menurutnya, Allahyarham meninggalkan rumah untuk keluar bekerja pada jam 6 pagi dan memberitahu mahu ke Ipoh.

"Keadaan dia masa keluar tu nampak biasa-biasa saja, anak-anak memang rapat dengan ayahnya dan mereka tahu ayah dah tak ada. Salah seorang anak yang kembar demam sejak pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH arwah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu rentung babitkan nahas tiga lori