Dalang projek terima rasuah lebih RM1 juta diberkas

Suspek dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.
Suspek dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menjadi dalang projek dengan mengaut wang suapan lebih RM1 juta.

Wang suapan itu merupakan balasan terhadapnya bagi membantu 11 syarikat mendapatkan kontrak projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.

Sejak 2016 hingga kini, suspek berusia 46 tahun itu telah menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1 juta.

Sehubungan itu, lelaki berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Shah Wira Abdul Halim bermula Rabu sehingga Isnin depan.

Artikel Berkaitan: