X

Kindly register in order to view this article
!

Barcelona terpaksa lepaskan Messi

Lionel Messi
A
A

BARCELONA mungkin terpaksa melepaskan bintang pasukan itu, Lionel Messi secara percuma pada jendela perpindahan akan datang sekiranya tidak mencari penyelesaian terhadap masalah gaji di kelab tersebut.

Presiden La Liga, Jeviar Tebas memberikan amaran tersebut selepas Barcelona telah melebihi had gaji siling yang ditetapkan oleh badan pentadbir liga itu.

"Barcelona telah melebihi had gaji siling mereka. Saya harap mereka dapat mengekalkan Messi, tetapi untuk melakukannya mereka harus melakukan pemotongan di tempat lain.

"Keadaan sama ada apa yang telah berlaku kepada Barcelona itu parah atau tidak bergantung kepada pendapatan yang mereka mampu hasilkan. Barcelona harus menyusun semula hutang mereka. Sekiranya mereka berjaya, keadaan tidak akan serius.

"Tetapi, mereka telah mencapai had siling gaji mereka. Daripada kerugian £600 juta (RM2.96 bilion) di seluruh La Liga, separuh daripadanya adalah daripada Barcelona. Ada kelab besar lain yang telah berusaha untuk mengelakkannya daripada berlaku seperti Real Madrid yang melakukan banyak penjimatan," katanya.

Messi bakal tamat kontraknya bersama kelab Catalan itu pada peghujung bulan ini dan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Namun, terdapat khabar angin menyatakan pemain berusia 33 tahun itu bersetuju untuk terus kekal di kelab tersebut dan melakukan sebahagian pemotongan gaji yang diperolehinya sebelum ini.

La Liga telah menetapkan gaji siling untuk musim 2020-2021 sebanyak £328 juta (RM1.62 bilion), namun kos gaji keseluruhan di kelab itu ketika ini adalah sekitar £575 juta (RM2.84 bilion).

Barcelona sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah gaji pasukan tersebut dengan cara pemotongan gaji dan juga melepaskan beberapa pemain seperti Philippe Coutinho dan Samuel Umtiti pada jendela perpindahan akan datang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!