X

Kindly register in order to view this article
!

Pemberian vaksin Covid-19 cecah 6.3 juta

Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Setakat semalam, pihak berkuasa telah memberikan keseluruhan 6,301,727 dos vaksin Covid-19 kepada penduduk di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui Twitternya pada Selasa memaklumkan, jumlah itu merangkumi 4,574,685 penerima dos pertama dan 1,727,042 individu yang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 226,093 diikuti Sarawak (188,852), Johor (183,709), Perak (158,991) dan Kuala Lumpur (151,632), katanya dalam hantaran menerusi Twitter.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata, sebanyak 250,529 dos diberikan semalam berbanding 235,623 dos hari sebelumnya.

Katanya daripada jumlah itu, 190,244 merupakan penerima dos pertama manakala 60,285 lagi dos kedua. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!