X

Kindly register in order to view this article
!

Penuntut kolej rugi RM4,645 terpedaya iklan iPhone di IG

Seorang penuntut sebuah kolej kerugian RM4,645 selepas terpedaya dalam urusan pembelian telefon pintar diiklankan di Instagram pada Isnin. - Foto 123RF
A
A

KUANTAN - Seorang penuntut sebuah kolej kerugian RM4,645 selepas terpedaya dalam urusan pembelian tiga telefon pintar iPhone yang diiklankan di Instagram pada Isnin.

Wanita berusia 20 tahun itu membuat pembayaran pendahuluan RM1,398 melalui akaun bank atas nama seorang lelaki bagi pembelian dua iPhone 7 Plus (Rose Gold) dan satu iPhone 11 Pro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, selepas bayaran dibuat, mangsa menerima pesanan WhatsApp meminta bayaran sebagai wang jaminan kastam sebanyak RM1,100.

"Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian mangsa diminta membuat bayaran terakhir sebanyak RM900 dan dia kemudian memasukkan wang melalui dua akaun bank atas nama individu berbeza," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, urusan tersebut tidak selesai di situ sebaliknya beberapa jam kemudian suspek meminta mangsa membuat satu lagi bayaran RM1,247 sebagai bayaran keahlian kad pintar.

"Mangsa akur untuk mendapatkan telefon dihajati tetapi dia kemudian curiga dan berasa ditipu apabila gagal menerima iPhone yang dibeli sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Awah, Maran pada Selasa," katanya.

Tambah beliau, susulan laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan suspek termasuk pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!