Bantah projek insinerator, Ahli Parlimen Rasah terima notis tuntutan

Kee Chin menunjukkan notis tuntutan yang diterima melalui e-mail pada Isnin.
Kee Chin menunjukkan notis tuntutan yang diterima melalui e-mail pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin pada Isnin menerima notis tuntutan melalui e-mail daripada sebuah syarikat pemaju selepas membantah projek pembinaan insinerator di Bandar Seri Sendayan.

Menerusi notis itu, Kee Chin diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada syarikat pemaju dan menarik semula hantaran yang dibuat di Facebooknya sebelum ini berkait bantahan projek terbabit.

Kee Chin bagaimanapun memberitahu akan menjawab notis tuntutan itu dalam tempoh tujuh hari namun mengakui tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan dan hantarannya di laman sosial terbabit.

“Saya juga bersedia berjumpa mereka di mahkamah jika syarikat itu mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada 27 Mac lalu, Kee Chin melancarkan Kempen Tandatangan Membantah Cadangan Pembinaan insinerator dan memuat naik sebuah video di Facebooknya.

Pada 16 April pula, beliau memuat naik gambar menghantar memorandum (tandatangan bantahan) kepada Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan menerusi laman sosial Facebooknya.

Artikel Berkaitan: