Bapa beri bayi minum arak direman lima hari

Suspek direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes memberi arak kepada anaknya.
Suspek direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes memberi arak kepada anaknya.
A
A
A

BALIK PULAU - Seorang lelaki direman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes memberi arak kepada bayinya.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini pada jam 9 pagi, Rabu.

Suspek yang memakai kemeja lengan pendek berwarna hitam dan berseluar jeans tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi.

Semalam, polis menahan lelaki yang didakwa memberi anaknya minum arak selepas video lelaki itu bersama bayinya yang berdurasi 30 saat tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan lelaki beri anak minum arak

Tular video bayi disuap minum arak

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di kawasan Teluk Bahang kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa.

Menurutnya, hasil semakan mendapati lelaki yang sedang dalam tempoh pengawasan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

Kamarul memberitahu, bayi berkenaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.