Tipu jual pakaian terpakai, pelayan restoran ditahan

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Beaufort untuk siasatan lanjut berkaitan kes urus niaga jual beli pakaian terpakai.
Suspek ditahan di lokap Balai Polis Beaufort untuk siasatan lanjut berkaitan kes urus niaga jual beli pakaian terpakai.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang pelayan restoran ditahan selepas disyaki memperdaya mangsa membeli dua guni pakaian terpakai yang tidak wujud melalui Facebook.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan polis di kawasan Inanam, Kota Kinabalu, jam 10.15 pagi, Selasa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa membuat laporan selepas dipercayai diperdaya oleh suspek yang melakukan urusan jual beli pakaian terpakai itu pada April lalu.

"Mangsa dikatakan membeli dua guni pakaian itu dan memasukkan wang sebanyak RM3,100 ke dalam akaun bank milik suspek.

"Selepas membuat pembayaran, sehingga laporan polis dibuat pada 2 Jun lalu, barangan yang dijanjikan oleh suspek belum diterima," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Yusoff Zaki berkata, susulan laporan polis itu membawa kepada penangkapan suspek oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

"Suspek kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Beaufort siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Yusoff Zaki dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati melakukan urus niaga melalui laman sosial.

Artikel Berkaitan: