Polis Johor musnahkan bom lama

Bom lama yang dijumpai. - Foto Polis Johor
Bom lama yang dijumpai. - Foto Polis Johor
A
A
A

KLUANG - Polis Johor memusnahkan bom lama (UXO) jenis Artilery Shell 105MM di tapak binaan Stesen Keretapi Layang-Layang di sini, petang Isnin.

Polis Johor dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, tindakan itu dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 4 petang.

"Penemuan UXO di tempat kejadian hasil daripada kerja-kerja pembersihan kawasan kelapa sawit oleh salah seorang pekerja di tapak binaan stesen kereta api di situ.

"UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar UXO itu ditemui bagi memastikan tiada objek lain selain jumpaan tersebut sebelum tindakan pemusnahan dilakukan," jelas kenyataan itu.

Polis melakukan carian bom di kawasan itu bagi memastikan keadaan selamat. - Foto Polis Johor
Polis melakukan carian bom di kawasan itu bagi memastikan keadaan selamat. - Foto Polis Johor

Tindakan pemusnahan bom kemudiannya dijalankan dengan menggunakan teknik 'high order' melalui kaedah elektrik.

"Polis Johor sekali lagi menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, lapor segera di balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: