Konsert amal untuk tamatkan krisis kemanusiaan Venezuela

Penyanyi Colombia, Juanes mengadakan persembahan ketika konsert Venezuela Aid Live, semalam.
Penyanyi Colombia, Juanes mengadakan persembahan ketika konsert Venezuela Aid Live, semalam.
A
A
A

CUCUTA - COLOMBIA. Ribuan pengunjung membanjiri sempadan Venezuela-Colombia, semalam untuk menyaksikan konsert amal bagi mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan sebagai membantah sekatan dikenakan kerajaan Presiden Nicolas Maduro.

"Kita mesti memecahkan kebuntuan itu dan menamatkan krisis kemanusiaan ini," kata usahawan Britain, Richard Branson yang menganjurkan konsert tersebut.

Menurutnya, beliau berharap dapat mengumpulkan AS$100 juta (RM407 juta) untuk bantuan kemanusiaan melalui derma disalurkan di internet dalam tempoh 60 hari akan datang.

Bantuan kemanusiaan telah menjadi fokus utama perjuangan kuasa antara Maduro dan pemimpin pembangkang, Juan Guaido yang telah diiktiraf sebagai pemimpin sementara Caracas oleh lebih 50 negara.

Data PBB mendapati kira-kira 2.7 juta penduduk telah meninggalkan Venezuela selepas krisis ekonomi dan politik melanda negara sejak 2015

Difahamkan, bantuan kemanusiaan untuk Caracas terpaksa ditempatkan di Colombia dan Pulau Curacao akibat larangan dikenakan Maduro. - AFP

Artikel Berkaitan: