Buka Parlimen, bukan kedai runcit

No Image Caption
A
A
A

ADA yang kata, apa tunggu lagi, kenapa tak buka Parlimen, sedangkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu dah bertitah demikian.

Ada pula yang dah beri amaran sidang Parlimen mesti dijalankan dalam tempoh dua minggu.

Awang bertanya juga siapa yang beri amaran itu. Ada kredibiliti lagikah dia seperti kata seorang penganalisis politik dalam akhbar ini?

Jangan sampai orang kata, parti sendiri pun tak boleh kontrol, nak bagi amaran kat kerajaan yang memerintah.

Ada yang kata UMNO akan tarik balik sokongan pada Perikatan Nasional (PN) kalau tuntutan itu tak dipatuhi.

Selepas Perhimpunan Agung UMNO dulu pun khabarnya bukan main garang nak tarik sokongan.

Tapi menteri parti itu masih dalam PN. UMNO masih dalam kerajaan PN juga.

Dalam hal Parlimen ini lebih sulit lagi. Ini Parlimen, bukan kedai runcit. Bukan boleh buka begitu sahaja.

Artikel Berkaitan:

Macam Awang kata dulu, ada peraturan dan peruntukan yang kena ikut. Ada notis nak beri.

Awang rasa banyak orang tak faham perjalanan Parlimen. Banyak pemimpin politik sendiri yang jadi ahli Parlimen tak faham tatacara Parlimen.

Jikalau Parlimen dibuka carilah jalan nak bantu rakyat.

Awang nak ingatkan semua menteri dan ahli Parlimen pada masa ini rakyat hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Semakin hari semakin teruk keadaannya. Banyak yang hilang kerja akibat syarikat gulung tikar atau hentikan perniagaan.

Jangan pula apabila Parlimen dibuka ahli-ahli Yang Berhormat bertelagah tak habis-habis sesama sendiri.

Awang harap keutamaan mereka ialah tolong rakyat bukan nak tunjuk jantan dalam gelanggang Parlimen.