JDT tewas tipis kepada Nagoya Grampus

Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini. Foto ASIA CHAMPION LEAGUE
Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini. Foto ASIA CHAMPION LEAGUE
A
A
A

HASRAT penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memberi impak positif pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tampak menyakinkan apabila sekadar tewas 0-1 kepada Nagoya Grampus sebentar tadi.

Dalam aksi Kumpulan G di Stadium Rajamangala, Bangkok tersebut, menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang seimbang seterusnya terikat tanpa jaringan perlawanan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, barisan pemain gergasi Liga Jepun (J-League) kendalian Massimo Ficcadenti begitu agresif mengasak jentera skuad

Benjamin Mora.

Hasilnya, Nagoya Grampus akhirnya berjaya meledak jaringan tunggal pada minit ke-60 menerusi percubaan

Hiroyuki Abe untuk gol tunggal perlawanan.

Untuk rekod, Pohang Steelers kini menerajui kumpulan dengan tiga mata, diikuti Nagoya Grampus kedua (3 mata), JDT ketiga (0) dan Ratchaburi keempat (0).

Anak buah Mora dijadualkan menentang Ratchaburi pada perlawanan seterusnya pada 25 Jun ini.

Artikel Berkaitan: