X

Kindly register in order to view this article
!

Euro 2020: Lebih 60,000 penonton boleh masuk Wembley

Stadium Wembley
A
A

KERAJAAN Britain membenarkan kehadiran lebih 60,000 penonton bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020 di Stadium Wembley.

Menurut Setiausaha Sukan dan Kebudayaan Britain, Oliver Dowden, jumlah kehadiran itu dihadkan berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara itu pada masa ini.

"Perlawanan akhir akan menjadi detik paling tidak boleh dilupakan dalam proses pemulihan kebangsaan daripada pandemik Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berterima kasih dan menyambut baik langkah kerajaan Britain tersebut.

"Kejohanan Euro ini menjadi sinar harapan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kita kembali ke cara hidup yang lebih normal dan ini adalah langkah lebih jauh di sepanjang jalan itu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!