X

Kindly register in order to view this article
!

Ambulans tekanan negatif tidak akan bantu tangani Covid-19

Ambulans tekanan negatif yang ingin dibeli KKM didakwa tidak akan meningkatkan hasil atau membantu dalam menangani pandemik Covid-19.
A
A

SHAH ALAM - Ambulans tekanan negatif yang ingin dibeli Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa tidak akan meningkatkan hasil atau membantu dalam menangani pandemik Covid-19.

Menurut pakar-pakar kesihatan, selain kos ambulans yang dianggarkan antara RM500,000 dan RM600,000, terdapat juga kos lain yang dikeluarkan dengan penyelenggaraan penapis udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA) secara berkala.

“Perbelanjaan untuk menukar penapis HEPA dijangka sekitar RM3,000 hingga RM5,000 setiap ambulans dalam masa sebulan.

“Tambahan pula, senario terburuk adalah menjadikan ambulans ini kurang optimum atau berprestasi rendah kerana kekurangan dana untuk mengekalkannya.

Ambulans ini tidak ada faedahnya menguruskan kes Covid-19,” kata mereka dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Presiden Kolej Anaesthesiologists, Akademi Perubatan Malaysia, Datuk Dr Jahizah Hassan; Presiden Persatuan Ahli Anestesiologi Malaysia, Professor Dr Marzida Mansor dan Presiden Persatuan Rawatan Rapi Malaysia, Professor Dr Mohd Basri Mohd Nor.

Pada 19 Jun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilapor akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan 'Negative Pressure Ambulance' bagi mengangkut pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

Tambah kenyataan itu, penggunaan ambulans tekanan negatif secara khusus tidak terbukti memberikan manfaat yang besar.

Selain itu, mereka turut mendesak agar proposal akan datang yang sedang dinilai harus berdasarkan bukti.

“Tanpa bukti, tidak akan ada tujuan yang jelas dan hasil perawatan tidak akan diperbaiki walaupun jumlah wang dibelanjakan.

“Kata kunci adalah meningkatkan hasil semasa berbelanja secara berhemah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pembelian 500 ambulans tekanan negatif disalah tafsir: KKM

'Negative Pressure Ambulance' bantu atasi isu logistik pesakit Covid-19


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!