Duo Three Lions kena kuarantin

Mount dan Chilwell disisihkan menjelang aksi terakhir kumpulan D menentang Republik Czech di Stadium Wembley awal pagi Rabu.
Mount dan Chilwell disisihkan menjelang aksi terakhir kumpulan D menentang Republik Czech di Stadium Wembley awal pagi Rabu.
A
A
A

ENGLAND menerima tamparan hebat dalam misi memburu slot 16 terbaik Euro 2020, apabila dua tonggak The Three Lions Mason Mount dan Ben Chilwell terpaksa disisihkan menjelang aksi terakhir kumpulan D menentang Republik Czech di Stadium Wembley awal pagi Rabu.

Kedua-dua pemain Chelsea tersebut dilaporkan terdedah kepada pemain lawan yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 dikuarantin sehingga 28 Jun ini.

Mount dan Chilwell sebelum itu dilihat berpelukan dengan Billy Gilmour yang juga rakan sepasukan di Stamford Bridge selepas aksi England menentang Scotland yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada Sabtu.

Gilmour disahkan positif pada Selasa, namun tiada pemain Scotland lain dikenakan kuarantin menjelang aksi menentang Croatia di Stadium Hampden Park pada awal pagi Rabu.

Sekiranya Three Lions berjaya menewaskan Republik Czech dan menjuarai peringkat kumpulan, anak buah Gareth Southgate akan beraksi di Wembley pada 29 Jun, sekaligus memberi peluang kepada kedua-dua pemain tersebut kembali membarisi kesebelasan utama.

Namun sekiranya skuad Southgate mengakhiri cabaran ditempat kedua, mereka akan terbang ke Copenhagen untuk aksi 28 Jun.

"Kami ingin memaklumkan Ben Chilwell dan Mason Mount akan menjalani kuarantin sehingga 28 Jun. Keputusan ini diambil setelah perbincangan dengan pihak Kesihatan Awam England," kata Persatuan Bola Sepak England dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: