Kroos gembira jumpa semula Ronaldo

Ronaldo (kiri) meraikan Kroos selepas aksi kumpulan F Euro 2020 Portugal, Jerman di Allianz Arena, Munich. FOTO: AFP
Ronaldo (kiri) meraikan Kroos selepas aksi kumpulan F Euro 2020 Portugal, Jerman di Allianz Arena, Munich. FOTO: AFP
A
A
A

TONI Kroos dan Cristiano Ronaldo, ternyata gembira apabila kedua-duanya bertemu selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020, Jerman menentang Portugal baru-baru ini.

Gelagat kedua-dua bintang tersebut menarik perhatian penyokong di stadium sebaik wisel aksi kumpulan F.

Kroos ketika dalam satu program berkongsi perbualan kedua-dua mereka bersama pendengar.

"Saya beraksi bersama Ronaldo selama empat musim.

"Dan saya tidak membesar-besarkan apabila menyatakan yang saya mempunyai kejayaan besar bersamanya, dan berterima kasih kepada Ronaldo.

"Kami sebelah menyebelah di bilik persalinan, sepanjang tempoh itu saya gembira dapat berjumpanya.

"Kami sudah lama tidak berjumpa satu sama lain untuk tempoh yang lama, Real Madrid pun tidak beraksi menentang Juventus.

"Kami memperkatakan mengenai perlawanan ini dan perlawanan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Saya ucapkan selamat maju jaya untuk mereka, dan moga layak ke pusingan seterusnya sama seperti kami.

"Saya juga bertanyakan bagaimana dia menyesuaikan diri di Itali, kerana dia sudah berada di sana tiga tahun."

Untuk rekod, Kroos menyertai Real Madrid pada 2014, menghabiskan empat tahun di sebelah Ronaldo.

Sepanjang tempoh itu, mereka mendakap tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan LaLiga.