Berani betul Mira Filzah terjun

Mira Filzah. - Foto: Instagram
A
A

SIAPA sangka di sebalik wjah dan personalitinya yang lembut, pelakon Mira Filzah mempunyai keberanian yang luar biasa dalam melakukan aktiviti sukan ektrem.

Pengkongsiannya sebelum ini yang mencuba sukan payung terjun secara tandem dari aras 15,000 kaki di Sydney Skydivers, Australia telah mencuri perhatian dan memberi inspirasi kepada ramai para peminatnya.

Tidak hanya itu, ia turut membawa kepada perlantikan pelakon Pujaan hati Kanda ini sebagai duta kepada Malaysian Parachute Assosiation (MyPA) selama setahun.

Menurut Mira, perlantikannya sebagai duta MyPA diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya generasi muda yang belum pernah mencuba aktiviti ini.

“Aktiviti ini semakin berkembang di Malaysia dan harap-harap dalam tempoh setahun ini objektif untuk perkenalkan sukan itu kepada lebih ramai orang akan tercapai,” ujarnya sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal.