X

Kindly register in order to view this article
!

'Naik podium tiga kali berturut-turut pencapaian menakjubkan'

Nazim (kanan), menaiki podium sebanyak tiga kali setelah menamatkan perlumbaan 2 dan 3 (race 2, race 3) pada kedudukan ketiga setelah menamatkan perlumbaan 1, (race 1), pada kedudukan kedua pada Pusingan 3 EuroFormula Open Series di Litar Spa
A
A

WALAUPUN tidak muncul selaku juara bagi Pusingan 3 EuroFormula Open Series di Litar Spa-Francorchamps, Belgium minggu lalu, pelumba muda negara, Nazim Azman, 20 menyifatkan kejayaannya menaiki podium tiga kali berturut-turut, sebagai pencapaian yang menakjubkan.

Menurut Nazim, kejayaannya itu sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya selepas menamatkan menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua bagi perlumbaan di Litar Portimao.

Katanya, kejayaan berkenaan akan menguatkan lagi semangatnya untuk berlumba di Litar Hungagoring Hungary yang dijadualkan berlangsung 17 Julai depan.

"Tiga podium daripada tiga perlumbaan adalah satu keputusan menakjubkan dan tiada apa lagi yang dimahukan.

"Hujung minggu yang hebat, yang terbaik untuk tahun ini dan ia membuatkan saya tidak sabar untuk menyertai perlumbaan seterusnya di Hungagoring,” katanya.

Pada perlumbaan berkenaan Nazim yang mewakili pasukan Crypto Tower Racing menamatkan Perlumbaan 1 (Race 1) pada kedudukan kedua di belakang rakan sepasukan dari Great Britain, Louis Foster.

Pada Perlumbaan 1, Nazim yang mewakili pasukan CryptoTower Racing Team menamatkan saingan dengan berada di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari Great Britain, Louis Foster manakala bagi 2 dan 3 (Race 2 & Race 3) pula menyaksikan Nazim menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga.

Secara keseluruhan, setelah menamatkan Pusingan 3, Nazim kini berada pada kedudukan ketiga secara keseluruhannya.

Sementara itu Nazim berkata, sasaran utamanya ketika ini adalah untuk melakukan permulaan yang baik di Hungagoring setelah melakukan permulaan yang kurang memberangsangkan di Litar Paul Ricard.

Sekali gus katanya, permulaan baik berkenaan diharap mampu menjamin kejayaannya pada perlumbaan akan datang dan sekali gus membantu memperbaiki kedudukannya pada bagi memperbaiki kedudukannya EuroOpen Forumula Series.

“Sebenarnya, banyak perkara positif yang dapat saya pelajari di Litar Spa. Oleh itu, saya fikir sasaran itu mampu dicapai,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!