Status PKP 3.0 belum diputuskan: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

TANGKAK- Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau tidak akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum 28 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia diputuskan menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan menilai situasi terkini pandemik Covid-19.

Katanya, kerajaan tidak membuat keputusan dalam masa terdekat memandangkan banyak data perlu ditunggu dan dianalisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM).

"Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh akhir pelaksanaan PKP 3.0 (sebelum 28 Jun). Sekiranya kes Covid-19 boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang diharapkan dan negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

"Walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), tetapi situasi sebenar kes Covid-19 berubah setiap hari," katanya.

dalam sidang akhbar selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, di sini pada Selasa.

Muhyiddin bertanya khabar dengan penerima vaksin di PPV Bukit Gambir pada Selasa.
Muhyiddin bertanya khabar dengan penerima vaksin di PPV Bukit Gambir pada Selasa.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini kerajaan dilaporkan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu sekiranya jangkitan harian Covid-19 direkodkan pada angka 4,000 kes di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penilaian semula itu bukan bermaksud menamatkan PKP 3.0 sebaliknya lebih kepada kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).