X

Kindly register in order to view this article
!

3,138 PATI serah diri kepada pihak berkuasa

Hamzah ketika melakukan pemantauan dan pemeriksaan Ops Cantas di Langkawi pada Selasa.
A
A

LANGKAWI - Seramai 3,138 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyerah diri kepada agensi penguatkuasaan di seluruh negara sepanjang tempoh enam bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia menunjukkan operasi yang diuar-uarkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) telah memberi tekanan terhadap PATI.

"Jumlah itu merangkumi tempoh 1 Januari sehingga 18 Jun lalu," katanya pada sidang akhbar di Kompleks KDN Langkawi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kebanyakan PATI yang menyerah diri memohon bantuan pihak berkuasa untuk mendapatkan dokumen yang sah bagi membolehkan mereka bekerja di sini.

"Ada juga yang datang untuk meminta kita membawa pulang ke negara asal," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, imigresen telah menjalankan 1,843 operasi dalam tempoh sama dengan menahan sebanyak 4,877 PATI serta 88 majikan.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan PATI yang ditahan ialah seramai 8,015 orang," katanya.

Tambah Hamzah, warga Indonesia merupakan PATI tertinggi yang ditangkap membabitkan 2,101 orang, diikuti Bangladesh (850), Filipina (868), Myanmar (295), India (212) dan Thailand (99).

"Selebihnya ialah Vietnam, Nepal, Pakistan, China dan lain-lain," katanya.

Sebelum ini seramai 145,830 PATI telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang sejak ia dilaksanakan pada November tahun lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 72,324 orang telah mendaftar untuk pulang, manakala 73,506 lagi mendaftar untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!