Lapan terbunuh dalam pertempuran di Myanmar

Pasukan keselamatan Myanmar membunuh empat penunjuk perasaan dalam serbuan di Mandalay. Foto AFP
Pasukan keselamatan Myanmar membunuh empat penunjuk perasaan dalam serbuan di Mandalay. Foto AFP
A
A
A

YANGON - Lapan lelaki bersenjata ditahan manakala lapan yang lain terbunuh di wilayah Mandalay Myanmar pada Selasa pagi, lapor Xinhua, memetik kenyataan Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri.

Periuk api buatan sendiri, bom tangan dan senjata kecil turut dirampas, kata kenyataan itu.

Satu pertembungan tercetus selepas pasukan keselamatan bertindak menyerbu sebuah rumah di bandar Chanmyathazi pagi ini.

Menurut kenyataan berkenaan, empat lelaki terbunuh dan beberapa anggota keselamatan cedera parah dalam pertempuran itu.

Sementara itu, beberapa lelaki bersenjata yang menaiki sebuah kereta menyerang anggota keselamatan dan melarikan diri.

Berikutan itu empat lelaki ditemukan maut selepas kenderaan dinaiki melanggar transformer elektrik. Maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian. -Bernama

Artikel Berkaitan: