Kes difteria: Ibu bapa jangan abai imunisasi

Jabatan Kesihatan Johor kini dalam langkah berjaga-jaga susulan kes kanak-kanak lelaki meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria.(Gambar kecil:Dr Selahuddeen Abd Aziz)
Jabatan Kesihatan Johor kini dalam langkah berjaga-jaga susulan kes kanak-kanak lelaki meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria.(Gambar kecil:Dr Selahuddeen Abd Aziz)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor kini dalam langkah berjaga-jaga susulan kes kanak-kanak lelaki meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Khamis lalu.

Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, langkah berjaga-jaga tersebut bagi memastikan jangkitan tersebut tidak merebak kepada individu lain terutama ahli keluarga terdekat mangsa.

Menurutnya, ujian saringan ke atas keluarga dan mereka yang mempunyai hubung kait dengan kanak-kanak terbabit telah dijalankan.

"Keputusan awal mendapati tiada ahli keluarga atau petugas hospital yang dijangkiti penyakit berkenaan. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga akan diteruskan dalam tempoh 14 hari bagi memastikan kes sama tidak berulang," katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut dijangkiti difteria tak pernah terima suntikan imunisasi

Selahuddeen berkata, ibu bapa juga diingatkan supaya tidak mengabaikan kepentingan mengambil imunisasi untuk anak masing-masing.

Selain itu, katanya, Jabatan Kesihatan Johor menerima makluman mengenai insiden melibatkan kanak-kanak berusia dua tahun di negeri ini yang meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan penyakit itu.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berlaku di Johor Bahru, enggan memberikan lokasi spesifik keluarga mangsa kerana bimbang boleh memberikan mudarat kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah isu sensitif dan kita tidak mahu ia menimbulkan panik kepada penduduk setempat. Kalau kita beri lokasi nanti orang ramai cari mereka (keluarga).

"Penyakit ini berjangkit, tetapi kalau kita sudah ambil suntikan imunisasi tidak mengapa, kita tidak mahu ada panik dahulu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kanak-kanak berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.