X

Kindly register in order to view this article
!

Buruh ditahan miliki pil kuda, syabu

Penahanan seorang buruh berusia 34 tahun membawa kepada rampasan 328 biji pil kuda dan 7.25 gram syabu dalam serbuan di sebuah rumah di jalan Besar Rantau Panjang, pada Ahad.
A
A

PASIR MAS - Seorang buruh berusia 34 tahun ditahan kerana memiliki 328 biji pil kuda dan 7.25 gram syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah di jalan Besar Rantau Panjang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat sepasukan telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah yang tidak bernombor di lokasi berkenaan.

Menurutnya, setiba di lokasi sepasukan anggota polis mendapati pintu hadapan rumah suspek berada dalam keadaan terbuka dan ketika melakukan pemeriksaan, polis mendapati suspek sedang duduk di ruang tamu tingkat atas rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah sambil disaksikan suspek telah menemui pil kuda dan syabu di atas lantai ruang tamu tempat lelaki berkenaan duduk.

"Suspek mengaku dadah yang dijumpai itu adalah miliknya dan usaha mengesan pembekal dadah masih diteruskan oleh polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Nasaruddin berkata, polis turut menemui satu botol kaca yang diubah suai dan pemetik api disyaki alat untuk menghisap dadah.

Katanya, hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine.

“Hasil semakan yang dilakukan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!