Padah edar minuman keras, rokok seludup

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sembilan lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket edar minuman keras dan rokok seludup di Klang pada Isnin.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kesemua individu berusia dari 22 hingga 49 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban.

"Kami merampas sebanyak 86 kotak minuman keras dan 44,000 batang rokok putih pelbagai jenama tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM78,200," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zainal Abidin berkata, pihaknya turut merampas 363 unit mesin simulator dipercayai bagi tujuan perjudian dianggarkan bernilai RM5,445,000.

"Kita juga merampas dua buah dan 18 buah kontena, keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,843,200," katanya.

Tambah beliau,, kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: