X

Kindly register in order to view this article
!

Polis pantau laluan tikus ke dusun durian

Barudin Wariso
A
A

PARIT - Polis akan meningkatkan penguatkuasaan di lima laluan tikus di Daerah Perak Tengah yang dikenalpasti bagi mengawal pergerakan rentas daerah terutama pada musim durian yang kini sudah bermula.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai individu mengunakan laluan berkenaan bagi melihat dusun mereka.

"Sebanyak lima laluan tikus sudah di kenal pasti membabitkan laluan yang menghubungkan Daerah Manjung, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh dan Batu Gajah.

"Walaupun tiada sekatan jalan raya, namun pasukan kita akan melakukan pemantau dan 'snap check' di laluan tikus ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan prosuder operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Seri Iskandar di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Barudin berkata, sebanyak 117 kompaun dikeluarkan dengan 43 daripadanya adalah kesalahan melibatkan rentas daerah tanpa surat kebenaran bermula 1 Jun lalu hingga Isnin.

"Antara alasan yang sering diberikan adalah tidak tahu sempadan daerah ketika menggunakan laluan tikus dan bagi kesalahan itu kompaun bernilai RM5,000 dikenakan bagi setiap seorang.

"Terbaharu, tujuh kompaun dengan nilai keseluruhan RM10,500 dikeluarkan terhadap sekumpulan lelaki yang didapati berkumpul tanpa penjarakkan fizikal di Kampung Gajah pada Isnin,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!