Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$111.0 bilion

x-default
x-default
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.0 bilion pada 15 Jun 2021, naik daripada AS$110.9 bilion pada 31 Mei.

Dalam kenyataan pada Selasa, bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.0 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM460.87 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.19 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.76 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.24 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM147.43 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.52 bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.14 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: