Sungai tercemar, puluhan ikan ditemui mati

Bangkai ikan dilihat terdampar di sungai berhampiran Kampung Kenanga pada Selasa.
Bangkai ikan dilihat terdampar di sungai berhampiran Kampung Kenanga pada Selasa.
A
A
A

RAWANG - Pencemaran sungai dipercayai punca banyak bangkai ikan ditemui terdampar di sungai berhampiran Kampung Kenanga di sini pada Selasa.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Sulaiman Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 9 pagi sebelum memaklumkannya kepada agensi berkaitan termasuk pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak.

Menurutnya, penduduk memaklumkan mula menyedari sungai tersebut dalam keadaan berbuih pada malam Isnin disusuli kejadian ikan mati keesokan harinya.

"Saya tidak pasti puncanya namun tidak menolak kemungkinan datangnya dari operasi sektor perkilangan berhampiran.

"Pencemaran tidak mengeluarkan bau dan warna namun terdapat buih dipercayai bahan kimia yang menyebabkan ikan-ikan di sungai ini mati," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sulaiman ke lokasi sebaik menerima maklumat pencemaran berhampiran sungai di Kampung Kenanga Rawang pada Selasa.
Sulaiman ke lokasi sebaik menerima maklumat pencemaran berhampiran sungai di Kampung Kenanga Rawang pada Selasa.

Katanya, kejadian sama pernah dilaporkan beberapa kali sebelum ini termasuk yang terakhir pada tahun lepas.

"Kejadian sama pernah berlaku beberapa kali namun kali ini lebih teruk hingga menyebabkan hidupan dalam air mati. Tidak pasti tahap pencemaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap tindakan tegas dilakukan kepada pelaku kerana mencemarkan sumber air yang dikhuatiri boleh menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk Selangor," katanya.

Beliau memaklumkan pihak JAS menjalankan siasatan dan sampel air diambil untuk ujian makmal.