X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada kompaun, kilang diminta terus patuh SOP

Eng Lai memeriksa dokumen berkaitan ke atas sebuah kilang di Segambut, Kuala Lumpur dalam operasi pemantauan SOP, pada Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kilang di sekitar daerah Sentul, di sini dikesan sepanjang penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh, setakat Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pemeriksaan dijalankan ke atas 10 buah kilang setiap hari sejak minggu lalu.

"Pemeriksaan SOP dijalankan di seluruh kilang di sekitar daerah ini dan tiada kompaun dikenakan.

"Setakat hari ini juga, tiada sebarang aduan diterima pihaknya berkenaan kesalahan SOP," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan kilang di Segambut di sini pada Selasa.

Mengulas berkenaan operasi itu, tiga buah kilang diperiksa dalam pemeriksaan bermula jam 2.30 petang dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, tiga buah kilang terbabit beroperasi dengan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta jumlah pekerja yang ditetapkan dalam syarat SOP.

"Jadi saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada pemilik kilang. Mereka patuh arahan kerajaan dan SOP sektor perkilangan yang ditetapkan.

"Setakat ini temu bual dengan pengusaha kilang juga mereka akui tidak ada sebarang masalah atau keluhan dengan penetapan SOP," katanya.

Bagaimanapun, operasi pemantauan kilang akan terus dijalankan bagi memastikan kilang ini beroperasi dengan SOP yang ketat.

"Jika ada pelanggaran arahan, kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sewajarnya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!